26 May 2008

Current Status

ampunnnn, ramai yg asyik bertanyakan pasal nostra mushroom sejak 2 menjak ni
kami bukan nya diam terus
masih ada
jgn takut
cuma busy ngan rutin baru iaitu tuaian cendawan dan penghasilan bongkah2 yang baru
alhamdulillah, akhirnya ada jugak hasil yg dicita sebelum ni
hahaha



kami jugak skrg dah bleh untuk menjual bongkah2 cendawan
harga boleh runding dari 80sen ke rm1.20
boleh hubungi saudara hatta yek
dia mmg dah full time kat tapak sana nun

kami jugak dalam proses nak adakan kursus
pada sesiapa yg berminat boleh terus hubungi kami

jumpa lagi...

13 March 2008

Jualan

Kami juga telah memulakan jualan keperluan asas tanaman cendawan tiram kelabu.

Plastik PP RM8.70 per kg
Leher,penutup,rehat RM0.08 per unit
Benih RM4 per beg
Habuk Kayu
Dedak Halus
Kapur pertanian

Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi En. Hatta 0135000987.

Bikin Bongkah

Phuh, akhirnya bongkah generasi pertama sudah mula dibikin. Biasalah, benda baru, mmg semangat ah memasing. Dapat lah lebih kurang 240 bongkah jek yang mengambil masa 6 jam buat. Ish, sejam 40 bongkah jek mampu siap? ..... ciput giler, keh keh keh.

Terima kasih pada keluarga Mr Hatta (Omak, nenek, isteri, anak buah) yang datang sama2 untuk membantu terutamanya DIN (adik kesayangan beliau). Tidak lupa juga kepada Cikgu Kirin yang baru meminati dunia cendawan dan ingin memulakan projek cendawan beliau di Semenyih. biasalah kan baru lagi, tak pandai lagi nak uruskan masa. Lepas ni insyallah bleh lagi diperkemaskan.



Hari nie plak proses kukus akan terus dilaksanakan. Sambil2 tuh bongkah baru jugak akan terus dibuat slow2. opppssss, smalam nyer bongkah lupa nak taru campuran E.M. harini mungkin akan pakai la, so nanti leh la beza camana kan.

27 February 2008

Jemputan ke Majlis Walimatul Urus 9 Mac 2008

Di jemput kepada semua kenalan-kenalan dalam dunia Cendawan untuk menghadiri sedikit jamuan makan-makan pada 9 Mac 2008 yang mana merupakan kenduri perkahwinan Saudara Auks bertempat di 24, SS3/49, Kelana Jaya, 47300 Petaling Jaya, Selangor. Tak kira ke yang sudah kenal ataupon baru nak kenal mahupun yg kenal2 dalam alam siber sahaja, semua di jemput.

(Klik pada gambar untuk besarkan)

Back in business .....

Akhirnya, setelah berhempas pulas mengerah tenaga, maka bermulalah urusan perniagaan yg telah dirancang setelah sekian lama. Lebih kurang 3 bulan masa yang diambil untuk menyiapkan segala persiapan/tapak untuk kami menceburi dunia pertanian terutamanya cendawan. Masa 3 bulan sememangnya satu jangkamasa yang lama tetapi terpaksa kami laluinya kerana pelbagai dugaan dan rintangan yang kami hadapi. Banyak yang kami pelajari yang mana kami akan jadikan segala pengalaman ini satu pengajaran dan semangat untuk kami meneruskan projek ini.

Bangsal dan Office



Bahan-bahan untuk membuat cendawan juga dah mula kami dapatkan terus daripada MENTAH RESOURCES, terima kasih pada En Rasul dan EN Din yang banyak membantu kami. Antara barangan yang kami dapatkan dari mereka ialah Set Cap, Stooper dan Neck, Span, Kapur Pertanian, Dedak, Plastik PP dan Benih Cendawan Tiram Kelabu. Habuk kayu getah jugak kami dah perolehi dari kilang memproses kayu di Senawang.



Mixxer pon dah angkut semalam, cuma dalam proses untuk mendapatkan steamer (alat pengukus) yang mana kami membuat tempahan terus kepada Fatisha Agrofarm (tolong kawan2 bisnes ye tak?). Insyallah dalam masa 2 minggu lagi leh dapat itu barang ah, hehe. Buat masa ni kami akan menggunakan tong drum dahulu untuk mengukus media.

Insyallah, tanpa menoleh belakang, kami dengan semangat dan kudrat yang ada akan memulakan projek ini dalam masa terdekat.

18 February 2008

Kembali .......

Setelah sekian lama menyepi dari arena blog, kini kami kembali. Bukannya kami terus menyepi dalam dunia cendawan. Keadaan yg sukar buat kami pada masa kini kerana banyak pekara perlu diselesaikan, dari majlis perkahwinan saudara Hatta ( dec 07) dan Zaki (feb 08), pembinaan bangsal yang tergendala dan beberapa masalah-masalah lain lagi. Kini tapak ladang perusahaan cendawan kami telahpon siap 90% dan minggu depan akan bermulanya proses memasukkan bongkah. Terima kasih kepada yang sentiasa melayari blog kami, yang menghubungi kami, yang melayan karenah kami, yang melawat tapak kami, yang memberi semangat dan sebagainya.

15 January 2008

Pengantin Baru

Selamat Pengantin Baru

Tiup serunai di atas kota
Uda memupuk bunga Melati
Mula kenal kemudian bercinta
Cinta tersemai dalam hati

Bunga Melati dihujung dahan
Disunting dara dengan cermat
Suami isteri berkasih-kasihan
Seperti nabi kasihkan umat

Seronok mengadap beramai-ramai
Masing-masing dengan lakunya
Jemput pengantin makan berdamai
Semoga bahagia selama-lamanya