20 November 2007

Permulaan.......

Akhirnya bermula lah projek Nostra Mushroom setelah menanti sekian lama dengan perancangan-perangcangan dan angan-angan kami. Ceritanya disini setelah beberapa halangan yang diterima untuk memulakan projek ini akhirnya berjaya diatasi. Biarpun ianya hanya sebahagian dari projek ataupun permulaan, tetapi bagi kami ianya cukup untuk membakar semangat kami untuk teruskan projek yang berdaya maju ini. Terima aksih juga pada penduduk Kampung Rawa Hilir yang banyak memberi sokongan dan kerjasama, mentor-mentor kami yg tak jemu-jemu layan karenah kami, rakan-rakan dan ahli keluarga.

Seperti mana-mana pengusaha lain yang sudah mula bertapak, masalah utama disini ialah dengan tapak projek iaitu tanah. Kami bertuah kerana tidak perlu menyewa dan mencarinya kerana sememangnya tanah ini kepunyaan Busu En. Hatta, jadi kami perlu mengerjakan nya semaksimum mungkin. Dan yang menjadi masalahnya ialah untuk kami bersihkan tanah ini, kerana ianya merupakan tapak rumah kampung yang telah ditinggalkan selama 10 tahun. Sendiri bayangkan la bagaimana semaknya. Pada mulanya kami rasa nak bersihkan sendiri tetapi kudrat kami tidak mampu, hehehe. Maklum la, anak-anak manja Malaysia.






Semak samun yang belum di bersihkan

Kami sepakat untuk menggunakan Back Hoe. Pun demikian tetap juga ada halangan. Setelah Seminggu berusaha, akhirnya pada semalam (19/11/2007) tanah tuh telah siap dikerjakan. Puas hati. Cuma masih belum dapat diratakan dan dibersihkan sepenuhnya kerana tanah becak akibat hujan.







Lapangnya sama macam lapangnya dada kami.

No comments: